Friday, April 4, 2014

T4.  TEMA 1: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

UNIT 1.1 – Sistem Bumi

a.Sistem bumi

Atmosfera
-Lapisan udara yang mengelilingi bumi dan mempengaruhi cuaca

-Kandungan gas-gas:
Nitrogen             78%
Oksigen              21 %
Argon                 0.90%
Karbon dioksida    0.03%
Wa                     0.07%

-Terdiri daripada 5 lapisan :
1.Troposfera
-Paling bawah
-Menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.
-Berlaku fenomena cuaca – hujan, ribut, salji dsb

2.Stratosfera
-Lapisan ke-2
-Mengandungi gas ozon.
-terdapat lapisan ultra ungu
-Zon kapal terbang superzonik terbang



3.Mesosfera
-Lapisan ke-3
-Menghancurkan dan membakar meteorit.
-Suhu -19ÂșC
-Paling sejuk

4.Termosfera
-Lapisan ke-4
-Memantulkan gelombang radio.
-Penting dalam perkembangan telekomunikasi.
-Satelit
-Mempunyai jalur cahaya berwarna-warni - aurora

5.Eksosfera
-Lapisan ke-5
-Lapisan paling jauh dari bumi
-Jarak dari bumi 600 km
- Gas helium dan hidrogen

Litosfera
       Daratan(benua dan pulau)
        sangat  pejal
       70% dasar laut.
       Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.
       batuan dan mineral
       Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit  tanih gambut, tanih aluvium

Biosfera
       bahagian  yang dihuni oleh hidupan
        membentuk ekosistem
       menjadi habitat, membekalkan sumber makanan dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti
       penting untuk sumber makanan, perubatan, pelancongan, balak, kawasan tadahan dan lain lain

Hidrosfera
       semua bahagian bumi yang mengandungi air
        70 % daripada permukaan bumi ialah air
       97.2  % adalah air masin dan hanya 2.8 % air tawar
       lima lautan utama : pasifik, atlantik, hindi, antartik, artik.
Rumusan Kepentingan Atmosfera Kepada Sistem Bumi
  1. Untuk biosfera  - manusia, haiwan, tumbuhan hidup dan bernafas – kandungan udara dan gas (oksigen, karbon dioksida dan lain lain)
  2. Tempat berlakunya fenomena cuaca – kitaran hidrologi, proses sejatan, proses pemeluwapan dan turun kerpasan  - lapisan troposfera
  3. mengandungi lapisan ozon yang penting untuk menapis sinaran ultra ungu yang berbahaya – lapisan stratosfera
  4. penting untuk aktiviti perhubungan dan komunikasi – menempatkan satelit – lapisan termosfera
  5. Proses pembakaran meteorit berlaku di lapisan mesosfera
INTERAKSI ANTARA SFERA
Semua sfera bumi saling berinteraksi antara satu sama lain.
   contohnya :
   1.  manusia dan haiwan (biosfera) memerlukan atmosfera untuk bernafas iaitu oksigen.
   2.  hidrosfera memerlukan atmosfera untuk proses kitaran hidrologi
   3.  manusia memerlukan litosfera untuk menjalankan aktiviti ekonomi iaitu bercucuk     tanam                      perlombongan  mineral  dan  mendirikan bangunan kediaman
   4. tumbuhan memerlukan  karbon dioksida untuk proses fotosintesis
   5.  manusia perlukan haiwan dan tumbuhan sebagai sumber makanan.

























































































































Friday, February 21, 2014



PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK GEOGRAFI SPM
FASA 1 - FOKUS KEMAHIRAN
TARIKH : 6.2.2014 TEMPAT : DEWAN SMK DATO' HJ HUSSEIN, SELAMA
KELAS : 5PD & 5SASTERA 1







Semoga program pertama ini menyuntik semangat anak didik untuk mendapat A+ dalam subjek geografi. Fasa 2 - Fokus Rajah akan dilaksanakan pada Mac nanti.