Friday, April 4, 2014

T4.  TEMA 1: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

UNIT 1.1 – Sistem Bumi

a.Sistem bumi

Atmosfera
-Lapisan udara yang mengelilingi bumi dan mempengaruhi cuaca

-Kandungan gas-gas:
Nitrogen             78%
Oksigen              21 %
Argon                 0.90%
Karbon dioksida    0.03%
Wa                     0.07%

-Terdiri daripada 5 lapisan :
1.Troposfera
-Paling bawah
-Menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.
-Berlaku fenomena cuaca – hujan, ribut, salji dsb

2.Stratosfera
-Lapisan ke-2
-Mengandungi gas ozon.
-terdapat lapisan ultra ungu
-Zon kapal terbang superzonik terbang



3.Mesosfera
-Lapisan ke-3
-Menghancurkan dan membakar meteorit.
-Suhu -19ÂșC
-Paling sejuk

4.Termosfera
-Lapisan ke-4
-Memantulkan gelombang radio.
-Penting dalam perkembangan telekomunikasi.
-Satelit
-Mempunyai jalur cahaya berwarna-warni - aurora

5.Eksosfera
-Lapisan ke-5
-Lapisan paling jauh dari bumi
-Jarak dari bumi 600 km
- Gas helium dan hidrogen

Litosfera
       Daratan(benua dan pulau)
        sangat  pejal
       70% dasar laut.
       Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.
       batuan dan mineral
       Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit  tanih gambut, tanih aluvium

Biosfera
       bahagian  yang dihuni oleh hidupan
        membentuk ekosistem
       menjadi habitat, membekalkan sumber makanan dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti
       penting untuk sumber makanan, perubatan, pelancongan, balak, kawasan tadahan dan lain lain

Hidrosfera
       semua bahagian bumi yang mengandungi air
        70 % daripada permukaan bumi ialah air
       97.2  % adalah air masin dan hanya 2.8 % air tawar
       lima lautan utama : pasifik, atlantik, hindi, antartik, artik.
Rumusan Kepentingan Atmosfera Kepada Sistem Bumi
  1. Untuk biosfera  - manusia, haiwan, tumbuhan hidup dan bernafas – kandungan udara dan gas (oksigen, karbon dioksida dan lain lain)
  2. Tempat berlakunya fenomena cuaca – kitaran hidrologi, proses sejatan, proses pemeluwapan dan turun kerpasan  - lapisan troposfera
  3. mengandungi lapisan ozon yang penting untuk menapis sinaran ultra ungu yang berbahaya – lapisan stratosfera
  4. penting untuk aktiviti perhubungan dan komunikasi – menempatkan satelit – lapisan termosfera
  5. Proses pembakaran meteorit berlaku di lapisan mesosfera
INTERAKSI ANTARA SFERA
Semua sfera bumi saling berinteraksi antara satu sama lain.
   contohnya :
   1.  manusia dan haiwan (biosfera) memerlukan atmosfera untuk bernafas iaitu oksigen.
   2.  hidrosfera memerlukan atmosfera untuk proses kitaran hidrologi
   3.  manusia memerlukan litosfera untuk menjalankan aktiviti ekonomi iaitu bercucuk     tanam                      perlombongan  mineral  dan  mendirikan bangunan kediaman
   4. tumbuhan memerlukan  karbon dioksida untuk proses fotosintesis
   5.  manusia perlukan haiwan dan tumbuhan sebagai sumber makanan.

























































































































Friday, February 21, 2014



PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK GEOGRAFI SPM
FASA 1 - FOKUS KEMAHIRAN
TARIKH : 6.2.2014 TEMPAT : DEWAN SMK DATO' HJ HUSSEIN, SELAMA
KELAS : 5PD & 5SASTERA 1







Semoga program pertama ini menyuntik semangat anak didik untuk mendapat A+ dalam subjek geografi. Fasa 2 - Fokus Rajah akan dilaksanakan pada Mac nanti.

Saturday, September 14, 2013

PBS GEOGRAFI TING. 2 - PEMANTAUAN DALAMAN, SMK DATO' HJ HUSSEIN, SELAMA PERAK.



 
 Bahan-bahan pemantauan : Buku rekod, Laptop, Projektor, fail pelajar, fail portfolio guru, buku teks, lembaran latihan dan lembaran PBS B2D5E2
Sebahagian pelajar 2 Khas


Latihan 

Pengetua , Tn Hj Ahmad Husni b. Hj. Tusin, sedang menyediakan laporan pemantauan saya.




Terima kasih kepada semua putra puteri 2K SMKDHH. Kamu sangat komited, sporting dan ceria. terus berusaha mencapai Band 6 pada tahun ini.  Ckg bada
Komen pengetua... Terima kasih cikgu.

Saturday, April 13, 2013

Ekspedisi Motivasi ke Taman Negara Penang SMK Dato' Hj Hussein, Selama, Perak

Saturday, February 23, 2013

Petempatan Lestari B6D2E1 oleh Puteri Natasya 2K SMKDHH






Monday, August 27, 2012


Sunday, August 5, 2012

Contoh menulis folio Geografi


SMK DATO’ HJ HUSSEIN,34100 SELAMA PERAK

KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2
PMR 2011

TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SELAMA PERAK

NAMA CALON :
NO KP :
TINGKATAN:
ANGKA GILIRAN :
GURU PENILAI :
T/TANGAN                                                    T/TANGAN
CALON                                                           GURU PENILAI



ISI KANDUNGAN                                HALAMAN



PENGHARGAAN                                         1                                                                          


PENDAHULUAN                                         2                                                                             


OBJEKTIF KAJIAN                                      3                                                                              


KAWASAN KAJIAN                                  4 - 6                                                                         


KAEDAH KAJIAN                                        7                                                                               


DAPATAN KAJIAN                                   8 - 13                                                                     


RUMUSAN                                                     14                                                                                           


                                                                                               
LAMPIRAN                                                 15 - 17                                                                                                       


RUJUKAN                                                        18                                                                                        


PENGHARGAAN

Terima kasih kepada;

1.    Tuan pengetua, Encik Norazwar Bin Mohd Noor kerana telah memberi kebenaran menjalankan  kerja kursus ini.

2.    Puan Badariyah Mt Nor selaku guru mata pelajaran Geografi yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan.

3.    Ibu,___________________dan bapa__________________ yang telah memberi sokongan dari segi moral dan material.

4.    Teman-teman seperjuangan,____________________________________________________ dan____________________ yang banyak membantu.


 PENDAHULUAN


Tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Selama Perak. Saya memilih Selama kerana merupakan tempat tinggal saya. Dari itu saya mudah mendapat maklumat.
Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang tiga bulan bermula bulan Februari hingga April.

OBJEKTIF KAJIAN
1.      Mentakrif konsep pencemaran alam sekitar.
2.      Mengemukakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
3.      Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar di Selama.
4.      Menyatakan dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Selama.
5.      Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Selama.
6.      Menerapkan nilai dan unsur-unsur patriotism dalam dapatan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Selama sebagai kawasan kajian saya. Selama terletak di Mukim Selama dalam daerah Larut Matang dan Selama. Selama berada di antara Bandar Taiping dan bandar Kulim. Jarak mutlak Selama dengan Taiping melalui jalan raya ialah 50 kilometer.
Selama terletak di kawasan tanah pamah rendah dan beralun. Ini membolehkan  kelapa sawit dan getah ditanam secara meluas.
Keluasan kawasan kajian saya ialah dalam lingkungan lima kilometer persegi.



PETA DAERAH SELAMA

5
PETA KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

            Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :
·         Pemerhatian
Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di daerah Selama.
·         Soal selidik
Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 20 orang responden.
·         Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan Selama dan berkaitan pencemaran alam sekitar
 7
DAPATAN KAJIAN
8.1  Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
      Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia kealam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan.
      Contoh pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air, udara, tanih, bunyi dan bau.
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Selama
      Kawasan selama merupakan kawasan pertanian kelapa sawit dan getah. Terdapat kilang kelapa sawit dan getah di sini. Kilang-kilang ini telah menyumbang kepada pencemaran di Selama. Pencemaran yang dikenalpasti wujud di Selama ialah pencemaran udara. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara Selain dari asap kilang terdapat aktiviti ternakan ayam yang menyumbang kepada pencemaran bau.

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di Selama
      Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik punca-punca pencemaran udara di Selama ialah dari aktiviti perkilangan, kenderaan bermotor, dan pembakaran terbuka. Manakala punca pencemaran bau ialah dari aktiviti penternakan ayam.

8
                  8.3.1 Perkilangan
Terdapat dua buah kilang di Selama yang memproses hasil pertanian. Pertama kelapa sawit iaitu kilang Malmaju dan yang kedua  kilang getah, kilang Yap Heng. Kedua-dua kilang ini telah mengeluarkan asap yang banyak terutama pada waktu malam. Kilang ini tidak menyediakan penapis asap kerana asap yang keluar adalah berwarna hitam.
8.3.2 Kenderaan
Jumlah kenderaan bermotor telah bertambah di selama. Peningkatan jumlah ini adalah kerana meningatnya taraf hidup masyarakat di Selama. Namun keaadan ini telah menyumbang bahaya kepada penduduk kerana jumlah asap dari kenderaan juga telah bertambah. Asap kenderaan mengandungi gas beracun iaitu karbon monoksida. Ia boleh menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.
      8.3.3  Pembakaran terbuka
Lokasi pembuangan sampah di Selama ialah di Kampung Lampin. Tempat ini telah dijadikan tempat pelupusan sampah sejak sekian lama. Namun kaedah pelupusannya tidak sistematik. Sampah dibakar tanpa kawalan. Ini telah menyumbang kepada pencemaran udara di Selama.
                 8.3.4 Penternakan
Terdapat kawasan penternakan ayam secara komersial  di Kampung Lampin. Penternakan secara terbuka ini telah mendorong kepada pencemaran bau yang sangat busuk hingga mengganggu keselesaan penduduk.
9
Sebagai penduduk yang tinggal lama di Selama kita mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dengan tindakan yang kita lakukan. Kita mesti ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Selama
8.4.1   Hujan Asid
Kejadian hujan asid berpunca daripada pelepasan asap dari kilang kelapa sawit dan getah serta kenderaan bermotor. Asap mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, sulfur dioksida  dan  nitrogen oksida. Hujan asid boleh  menjejaskan kesihatan terutama asma. Hasil  daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua menghidap asma.
8.4.2    Jerebu
Bila sampah dibakar dan pada masa yang sama kilang mengeluarkan asap  maka akan menyebabkan jerebu.  Sehingga sekarang  jarak penglihatan masih pada jarak yang terkawal.
8.4.3   Penyakit
Hasil  daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua menghidap asma dan sering demam. Ini adalah kesan daripada udara beracun yang dilepaskan oleh asap kilang dan jerebu.
8.4.4   Udara Tercemar
      Kesan pencemaran juga menyebabkan udara di Selama tercemar. Asap kilang mengeluarkan bahan ampaian seperti debu ,habuk, kabus, wap gas seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur oksida serta bau-bauan.          10
8.4.5   Bau Busuk
                 Bau busuk  daripada reban penternakan ayam secara terbuka juga telah mengganggu keselesaan hidup penduduk sekitarnya. Terutama penduduk yang tinggal di Taman Permai dan Taman Merdeka.
             Walaupun terdapat kesan-kesan pencemaran seperti yang dinyatakan di  atas, namun saya tetap bersyukur dapat tinggal di sini kerana pencemaran udara dan bau ini masih terkawal dan tidak serius.

8.5   Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Selama
8.5.1. Kuat kuasa undang-undang
             50% dari responden mensarankan agar pihak berwajib mengenakan tindakan undang-undang seperti denda ke atas kilang yang tidak mengikut peraturan.  Akta alam sekitar..... harus dipatuhi supaya pencemaran berada di tahap minimum.
8.5.2. Kempen
             Pihak Majlis daerah Selama haruslah sentiasa mengingatkan penduduk agar sentiasa menjaga persekitaran dari dicemar. Kempen kesedaran juga harus dipanjangkan kepada kilang-kilang yang beroperasi di Selama.
8.5.3. Tapak pelupusan
             Dicadangkan agar tapak pelulusan dibuat secara sistematik dan tertutup. Pembakaran secara terbuka dilarang sama sekali.
8.5.4        Penapis asap
             Pihak kilang diwajibkan memasang penapis asap supaya asap yang dilepaskan di udara tidak mengandungi racun.
11
             Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua piahk perlu diwujudkan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar di Selama. 


BAHAN GRAFIK
1.      Jadual dan Carta Pai
Tajuk : Punca-punca Pencemaran di Selama Perak
Punca Pencemaran Alam Sekitar
Bilangan responden(orang)
Peratus(%)
1.      Perkilangan
9
45
2.      Kenderaan
8
40
3.      Pembakaran terbuka
2
10
4.      Penternakan
1
5
Jumlah
20
100
Sumber: Soal selidik



2.      Peta Minda
Tajuk : Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Selama Perak

Hujan Asid



HUJH
Jerebu
Penyakit
Udara tercemar
Bau busuk
KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SELAMA






13



RUMUSAN
       Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan , ada dua jenis pencemaran alam sekitar di Selama iaitu pencemaran udara dan pencemaran bau.
Punca-punca pencemaran yang telah dikenalpasti ialah daripada aktiviti perkilangan, kenderaan, pembakaran terbuka dan penternakan.
       Kesan daripada aktiviti di atas ialah berlakunya hujan asid, jerebu, penyakit, udara tercemar dan bau busuk.
       Antara langkah yang dicadangkan ialah kuat kuasa undang-undang, kempen cintai alam sekitar, wujudkan tapak pelupusan sampah yang bersisitematik serta mewajibkan kilang memasang penapis asap.
       Kita sebagai penduduk tetap daerah Selama hendaklah sentiasa peka dan perihatin dengan persekitaran. Elakkan dari melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar.

14

LAMPIRAN

  
Surat-surat berkaitan
  
RUJUKAN
1.      Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3, PTS Publications Sdn Bhd.
Nama penulis, tahun, nama buku, penerbit
2.      http:www.pencemaran alam sekitar (Folio Moral)
3.      surat khabar :
nama penulis, tarikh, nama akhbar
4.      orang sumber :
       nama, umur,alamat, jawatan















18