Sunday, January 17, 2010

Nota Bab 1-Kedudukan


1.Mengenal latitud dan longitud

Logitud- garisan menegak dari
Latitud - garisan melintang dari barat ke timur di atas glob @atlas

Longitud

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Peta dunia yang menonjolkan garis longitud (garis tegak).

Longitud, disimbolkan dengan aksara Greek lambda (λ), ialah garisan menegak pada sebuah glob / bumi. Terdapat 360 garisan longitud. Longitud digunakan untuk menentukan zon waktu piawai. Terdapat 24 zon waktu di muka bumi. Setiap zon berbeza 15 darjah dari zon sebelumnya. Setiap zon mewakili 1 jam. Dalam menentukan kedudukan / koordinat, nombor latitud disebut dahulu, kemudian nombor longitud.

Longitud 0° merupakan Garisan Meridian Pangkal yang terletak di sebuah pekan kecilGreenwich, London, Britain. Lawan bagi Garisan Meridian Pangkal (GMP) ialahGarisan Tarikh Antarabangsa (GTA), pada 180° Barat dan 180° Timur. Longitud 180° Barat dan longitud 180° Timur terletak pada garisan yang sama. Garisan Tarikh Antarabangsa bengkang-bengkok bagi mengelakkan terkena kawasan daratan atau pulau.

Semua 360 longitud sama besar. Sedangkan latitud tidak sama besar.

Latitud ialah garisan khayalan yang melintang di muka bumi. Latitud dilukis pada sebuah glob, model sebuah bumi. Garisan ini dilukis dari Timur ke Barat dalam sesebuah peta. Ia dinilai dalam unit darjah °.

Terdapat 5 garisan lalitud yang utama. Latitud dikira dari 0° hingga 90 ° Utara dan dari 0° hingga 90° Selatan. Latitud 0° Utara ialah titik Kutub Utara. Sementara latitud 90° Selatan ialah titik Kutub Selatan.

Latitud yang paling besar inilah latitud Khatulistiwa pada 0° darjah. Latitud lain ialah latitud Sartan, Jadi, Artik dan Antartika. Semakin ke utara/selatan khatulistiwa gelang latitud semakin kecil.

Kedudukan garisan latitud seperti berikut:

  • Bulatan Artik — 66° 33′ 39″ Utara
  • Bulatan Sartan — 23° 26′ 21″ Utara
  • Bulatan Jadi — 23° 26′ 21″ Selatan
  • Bulatan Antartik — 66° 33′ 39″ Selatan

Lawan garisan latitud ialah garisan longitud. Garisan longitud ialah garisan menegak yang dikira dari 0° hingga 180° Timur dan 0° hingga 180° Barat. Jadi ada 360 garisan longitud pada sebuah glob / bumi. Bagi menentukan kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu, diikuti dengan longitud.

[sunting]Kesan kepada cuaca

Iklim di kawasan latitud 0 ° ialah iklim Khatulistiwa kecuali di kawasan gurun. Semakin jauh dari latitud Khatulistiwa, semakin jauh Bumi dari Matahari. Oleh itu cuaca semakin sejuk. Semakin hampir ke latitud Khatulistiwa, cuaca semakin panas.

Oleh kerana cuaca sama ada panas, panas dan lembab atau panas melampau menyebabkan aktiviti ekonomi juga berbeza. Kajian oleh Pusat Pembangunan antarabangsa Harvard menunjukkan bahawa hanya ekonomi Hong Kong, Singapura, dan Taiwan sahaja yang mendapat pendapatan tinggi. Sedangkan negara lain di Khatulistiwa hanya di tahap ekonomi pertengahan.