Monday, August 27, 2012
Sunday, August 5, 2012
Contoh menulis folio Geografi
SMK
DATO’ HJ HUSSEIN,34100 SELAMA PERAK
KERJA
KURSUS GEOGRAFI 23/2
PMR
2011
TAJUK
: PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
SELAMA PERAK
NAMA CALON :
NO KP :
TINGKATAN:
ANGKA GILIRAN :
GURU PENILAI :
T/TANGAN T/TANGAN
CALON GURU
PENILAI
ISI
KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF
KAJIAN 3
KAWASAN
KAJIAN 4 - 6
KAEDAH
KAJIAN 7
DAPATAN
KAJIAN 8 - 13
RUMUSAN 14
LAMPIRAN 15 - 17
RUJUKAN 18
PENGHARGAAN
Terima
kasih kepada;
1.
Tuan
pengetua, Encik Norazwar Bin Mohd
Noor kerana telah memberi kebenaran menjalankan kerja kursus ini.
2.
Puan Badariyah
Mt Nor
selaku guru mata pelajaran Geografi yang telah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar serta panduan.
3.
Ibu,___________________dan bapa__________________ yang telah memberi sokongan dari segi
moral dan material.
4.
Teman-teman
seperjuangan,____________________________________________________
dan____________________ yang banyak membantu.
PENDAHULUAN
Tajuk
kajian saya ialah Pencemaran Alam
Sekitar di Kawasan Selama Perak. Saya memilih Selama kerana merupakan tempat tinggal saya. Dari itu saya mudah mendapat maklumat.
Tempoh
kajian ini dilaksanakan lebih kurang tiga
bulan bermula bulan Februari hingga April.
OBJEKTIF
KAJIAN
1. Mentakrif
konsep pencemaran alam sekitar.
2. Mengemukakan
jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
3. Mengenalpasti
punca pencemaran alam sekitar di Selama.
4. Menyatakan
dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Selama.
5. Mencadangkan
langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Selama.
6. Menerapkan
nilai dan unsur-unsur patriotism dalam dapatan kajian.
KAWASAN KAJIAN
Saya
telah memilih Selama sebagai kawasan
kajian saya. Selama terletak di Mukim
Selama dalam daerah Larut Matang dan Selama. Selama berada di antara Bandar
Taiping dan bandar Kulim. Jarak mutlak Selama dengan Taiping melalui jalan raya
ialah 50 kilometer.
Selama
terletak di kawasan tanah pamah rendah
dan beralun. Ini membolehkan kelapa
sawit dan getah ditanam secara meluas.
Keluasan kawasan kajian saya ialah dalam
lingkungan lima kilometer persegi.
PETA
DAERAH SELAMA
5
PETA
KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa
kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya
gunakan ialah :
·
Pemerhatian
Saya
telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di daerah Selama.
·
Soal
selidik
Saya
telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 20 orang responden.
·
Rujukan
Saya
telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan Selama dan
berkaitan pencemaran alam sekitar
7
DAPATAN
KAJIAN
8.1
Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil daripada aktiviti manusia kealam persekitaran yang menyebabkan
terganggunya keselesaan kehidupan.
Contoh
pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air, udara, tanih, bunyi dan bau.
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar
Di Selama
Kawasan
selama merupakan kawasan pertanian kelapa sawit dan getah. Terdapat kilang
kelapa sawit dan getah di sini. Kilang-kilang ini telah menyumbang kepada
pencemaran di Selama. Pencemaran yang dikenalpasti wujud di Selama ialah pencemaran udara. Habuk, asap, kabus, wap atau
bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai
bentuk pencemaran udara Selain dari asap kilang terdapat aktiviti
ternakan ayam yang menyumbang kepada pencemaran
bau.
8.3 Punca pencemaran alam sekitar
di Selama
Hasil
daripada pemerhatian dan soal selidik punca-punca pencemaran udara di Selama
ialah dari aktiviti perkilangan, kenderaan bermotor, dan pembakaran terbuka.
Manakala punca pencemaran bau ialah dari aktiviti penternakan ayam.
8
8.3.1 Perkilangan
Terdapat
dua buah kilang di Selama yang memproses hasil pertanian. Pertama kelapa sawit
iaitu kilang Malmaju dan yang kedua kilang getah, kilang Yap Heng. Kedua-dua
kilang ini telah mengeluarkan asap yang banyak terutama pada waktu malam.
Kilang ini tidak menyediakan penapis asap kerana asap yang keluar adalah
berwarna hitam.
8.3.2 Kenderaan
Jumlah
kenderaan bermotor telah bertambah di selama. Peningkatan jumlah ini adalah
kerana meningatnya taraf hidup masyarakat di Selama. Namun keaadan ini telah
menyumbang bahaya kepada penduduk kerana jumlah asap dari kenderaan juga telah
bertambah. Asap kenderaan mengandungi gas beracun iaitu karbon monoksida. Ia
boleh menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.
8.3.3
Pembakaran terbuka
Lokasi
pembuangan sampah di Selama ialah di Kampung Lampin. Tempat ini telah dijadikan
tempat pelupusan sampah sejak sekian lama. Namun kaedah pelupusannya tidak
sistematik. Sampah dibakar tanpa kawalan. Ini telah menyumbang kepada
pencemaran udara di Selama.
8.3.4 Penternakan
Terdapat
kawasan penternakan ayam secara komersial
di Kampung Lampin. Penternakan secara terbuka ini telah mendorong kepada
pencemaran bau yang sangat busuk hingga mengganggu keselesaan penduduk.
9
Sebagai
penduduk yang tinggal lama di Selama kita mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dengan tindakan
yang kita lakukan. Kita mesti ada
kesedaran untuk menjaga alam sekitar.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar
di Selama
8.4.1 Hujan Asid
Kejadian
hujan asid berpunca daripada pelepasan asap dari kilang kelapa sawit dan getah
serta kenderaan bermotor. Asap mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida,
sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Hujan asid boleh menjejaskan kesihatan terutama asma. Hasil
daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua menghidap asma.
8.4.2 Jerebu
Bila
sampah dibakar dan pada masa yang sama kilang mengeluarkan asap maka akan menyebabkan jerebu. Sehingga sekarang jarak penglihatan masih pada jarak yang terkawal.
8.4.3 Penyakit
Hasil daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan
orang tua menghidap asma dan sering demam. Ini adalah kesan daripada udara
beracun yang dilepaskan oleh asap kilang dan jerebu.
8.4.4 Udara Tercemar
Kesan
pencemaran juga menyebabkan udara di Selama tercemar. Asap kilang mengeluarkan
bahan ampaian seperti debu ,habuk, kabus, wap gas seperti karbon monoksida,
nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur oksida serta bau-bauan. 10
8.4.5 Bau Busuk
Bau
busuk daripada reban penternakan ayam
secara terbuka juga telah mengganggu keselesaan hidup penduduk sekitarnya.
Terutama penduduk yang tinggal di Taman Permai dan Taman Merdeka.
Walaupun
terdapat kesan-kesan pencemaran seperti yang dinyatakan di atas, namun saya tetap bersyukur dapat tinggal di sini kerana pencemaran udara dan bau ini
masih terkawal dan tidak serius.
8.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar di Selama
8.5.1.
Kuat kuasa undang-undang
50%
dari responden mensarankan agar pihak berwajib mengenakan tindakan
undang-undang seperti denda ke atas kilang yang tidak mengikut peraturan. Akta alam sekitar..... harus dipatuhi supaya
pencemaran berada di tahap minimum.
8.5.2.
Kempen
Pihak
Majlis daerah Selama haruslah sentiasa mengingatkan penduduk agar sentiasa
menjaga persekitaran dari dicemar. Kempen kesedaran juga harus dipanjangkan
kepada kilang-kilang yang beroperasi di Selama.
8.5.3.
Tapak pelupusan
Dicadangkan
agar tapak pelulusan dibuat secara sistematik dan tertutup. Pembakaran secara
terbuka dilarang sama sekali.
8.5.4
Penapis asap
Pihak
kilang diwajibkan memasang penapis asap supaya asap yang dilepaskan di udara
tidak mengandungi racun.
11
Daripada
langkah-langkah yang disarankan kerjasama
semua piahk perlu diwujudkan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar di
Selama.
BAHAN
GRAFIK
1.
Jadual dan Carta Pai
Tajuk : Punca-punca Pencemaran di
Selama Perak
Punca
Pencemaran Alam Sekitar
|
Bilangan
responden(orang)
|
Peratus(%)
|
1.
Perkilangan
|
9
|
45
|
2.
Kenderaan
|
8
|
40
|
3.
Pembakaran
terbuka
|
2
|
10
|
4.
Penternakan
|
1
|
5
|
Jumlah
|
20
|
100
|
Sumber:
Soal selidik
2.
Peta Minda
Tajuk : Kesan-kesan pencemaran alam
sekitar di Selama Perak
Hujan Asid
|
HUJH
Jerebu
|
Penyakit
|
Udara tercemar
|
Bau busuk
|
KESAN-KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SELAMA
|
13
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan , ada dua jenis
pencemaran alam sekitar di Selama iaitu pencemaran udara dan pencemaran bau.
Punca-punca pencemaran
yang telah dikenalpasti ialah daripada aktiviti perkilangan, kenderaan,
pembakaran terbuka dan penternakan.
Kesan daripada aktiviti di atas ialah berlakunya hujan asid,
jerebu, penyakit, udara tercemar dan bau busuk.
Antara langkah yang dicadangkan ialah kuat kuasa undang-undang,
kempen cintai alam sekitar, wujudkan tapak pelupusan sampah yang bersisitematik
serta mewajibkan kilang memasang penapis asap.
Kita sebagai penduduk tetap daerah Selama hendaklah sentiasa peka dan perihatin dengan persekitaran.
Elakkan dari melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar.
14
LAMPIRAN
Surat-surat
berkaitan
RUJUKAN
1. Khaw Ah Seng, 2004, Geografi
Tingkatan 3, PTS Publications Sdn Bhd.
Nama penulis,
tahun, nama buku, penerbit
2. http:www.pencemaran alam sekitar
(Folio Moral)
3. surat khabar :
nama penulis,
tarikh, nama akhbar
4. orang sumber :
nama,
umur,alamat, jawatan
18
Saturday, May 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)