Saturday, June 18, 2011

Surat Buat Pelajar Cikgu Badariyah

Surat Buat anak Didik Cikgu Bada,....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harapan cikgu kamu semua di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa gembira. Kamu tentu terkejut kerana membaca surat ini di dalam blog cikgu. Cikgu rasa ini medium paling mudah untuk cikgu menyampaikan harapan dan hasrat cikgu. Sebelum tu cikgu minta maaf jika bahasa cikgu tidak menepati tatabahasanya, sebab cikgu bukan cikgu BM !

PMR tinggal beberapa bulan lagi..... dalam 4 bulan lebih. Pejam celik pejam celik masa begitu hampir. Macam mana persediaan anak-anak murid cikgu 3K, 3a2 & 3a5?

Besar harapan semua pelajar 3K cikgu akan dapat A dalam subjek Geogarafi. cikgu tengok sudah berada di landasan yang betul. Cuma perlu gandakan usaha. Pada 2, 3 orang pelajar yang masih dalam gred B berganda usaha kamu perlu lakukan .bukan sukar Cuma buat latihan. Cikgu nak pesan kepada kamu semua..... jangan leka dengan benda benda yang boleh melekakan kamu..... jangan bermain dengan emosi yang pasti akan membawa kamu lupa seketika pada pelajaran. Ingat...... waktu dan ketika inilah kamu boleh diperdayakan. Tak lama mana untuk kamu korbankan masa utk pelajaran. Semua cikgu dan ustazah akan kecewa kalau kamu gagal, sebab pada kami kamu adalah pelajar 3K yang terbaik yang pernah kami ajar. Jangan pengsankan kami pada Disember nanti.....!!!!!

Buat pelajar 3a2........ cikgu nampak perbezaan yang ketara antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan nampak lebih bersemangat, rajin dan komited. Walau tak ramai datang kelas tambahan tetapi yg hadir itu pasti Allah berikan lebih ganjaran kepada kamu kerana korban masa rehat, korban masa tidur...Pada pelajar lelaki Cuma dua tiga orang yang cikgu nampak beri tumpuan di dalam kelas. Yang lain masih bermain-main. Kamu jika dibandingkan dengan kelas lain kamu memang punya potensi. Sayang jika kamu tak dapat result yang bagus nanti. Masa masih ada.... korbankan masa seronok kamu untuk beberapa bulan ini sahaja. Lepas PMR kamu enjoy la. Yakinkan cikgu kamu boleh dapat A. Bukan untuk cikgu tapi untuk masa depan kamu. Cikgu saying kamu semua!!!!!.

3a5......murid kesayangan cikgu...... kamu happy go lucky, ada yang masih keanak-anakan dan ada yang telah matured lebih dari umur. Apapun cikgu bangga dengan 5 atau 6 orang pelajar yang masih setia datang ke kelas tambahan cikgu . yakinlah kamu mesti dapat result yang gempak nanti... A. Pada pelajar yang lain teruskan berusaha , kelebihan ada pada semua cuma sedarkan diri di mana kelebihan kamu. Kamu bukan tak pandai, tapi kamu masih tak rasa pelajaran itu penting. Kamu kena lulus PMR dengan baik supaya kamu tidak berada di kelas belakang tahun depan. Yang selalu gagal dapat E, usaha supaya kamu boleh dapat C. Yang ada gagal dan lulus pastikan kamu boleh kumpul B yang banyak.

Cikgu sentiasa berdoa semua anak didik cikgu berjaya Bila melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah berdoalah kepada Allah, Ya Alllah , Tunjukkan kami jalan yang lurus. Insyaallah kamu tak akan tersasar, tidak akan mudah terikut-ikut sikap yang tak baik. Kepada pelajar kelas lain yang mengikuti kelas tambahan cikgu.. cikgu doakan kamu mendapat A dan kamu Berjaya di dalam semua subjek. Cikgu suka mengajar kamu semua.

Sekian.... Wassalam

Yang menyayangi kalian,

Cikgu Bada

10.37am 19 Jun 2011

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan






Sunday, June 5, 2011

Gambar Realiti





Friday, June 3, 2011

Tasik Tonle Sap Kampuchea